Ya Allah, mengapakah kau lahirkan perasaan ini
mengapakah kau cambahkan benih cinta ini
bukan aku ingin menolak ketentuanmu
jauh sekali mempertikaikan kebesaranmu
tetapi... aku ingin mengadu kepadamu
aku tak ingin mempunyai apa2 perasaan kepadanya
kerana aku tak layak untuknya
aku tak sempurna berbanding dirinya
aku tak mungkin mencintainya
kerana dia sepatutnya mendapatkan yang lebih baik
lebih bagus daripadaku
Ya Allah, lembutkan hatiku, marahlah hatiku
kerana hatiku degil, otakku keras kepala
jantungku sudah penat berlari, kesiannya
tetapi hatiku tetap inginkannya
otakku selalu memikirkannya
mataku sering mekihat kepadanya
Ya Allah, hambamu yang kerdil ini memohon
agar engkau bunuhlah perasaan ini
kerana aku tak layak disamping lelaki itu